PT3 GEOGRAFI.....
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)
TAHUN 2014
1.0 ARAHAN KEPADA GURU
1.1 Memastikan pelajar melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang
ditetapkan.
1.2 Dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan.
1.3 Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa yang
ditetapkan.
1.4 Memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya.
1.5 Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber dalam
melaksanakan tugasan.
1.6 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat.
Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau
sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri.
Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain
hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika calon didapati
melakukan plagiat calon boleh digagalkan atau diberikan gred F.
1.7 Dilarang menyediakan jawapan kepada murid.
1.8 Tiada tugasan ulangan dan peruntukan masa tambahan.
1.9 Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) dan Panduan
Rubrik Penskoran (Lampiran 2) yang disediakan sebagai panduan untuk
membimbing murid menghasilkan tugasan yang baik bagi mendapat skor
cemerlang.
1.10 Memastikan calon mementingkan aspek tatabahasa dalam penulisan.
1.11 Memastikan calon menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).
1.12 Memperakukan tugasan murid dalam Borang Akuan Pengesahan
(Lampiran 4).
1.13 Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan calon berpandukan
rubrik penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Skor
hendaklah dimasukkan ke dalam borang (Lampiran 5) yang disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan.
1.14 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan. TERHAD
TERHAD
3
2.0 ARAHAN KEPADA CALON
2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib
dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014.
2.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan
pembelajaran dalam bulan Julai 2014.
2.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan
di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan
tugasan ini.
2.4 Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang
ditetapkan.
2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan
untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.
2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran.
2.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja
mestilah dibuat secara individu.
2.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk
menjelaskan lagi hasil kajian.
2.9 Digalakkan supaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
2.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).
2.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
2.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat.
Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau
sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri.
Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain
hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan
plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.
2.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa
tugasan dilaksanakan.
2.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4).
2.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa
dalam penulisan.
TERHAD
TERHAD
4
3.0 TUGASAN
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran
alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal /
kawasan sekolah calon.
Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:
3.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji.
3.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut.
3.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di
kawasan kajian.
3.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar
tersebut.
Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.
No comments:
Post a Comment