Monday, 7 July 2014

Langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2014
Antara langkah utama pencemaran udara adalah menggunakan pengurangkan penggunaan kenderaan bermotor, kempen kesedaran alam sekitar, mengenakan undang-undang ketat terhadap inividu yang menyebabkan pencemaran udara dan melaksakan penanaman semula.
Berdasarkan kajian soal selidik di sekitar Kuala Lumpur, asap kenderaan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara di ibu negara. Langkah terbaik ialahmengurang penggunaan kenderaan bermotor dan menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter. Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja.  Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan badan
Selain itu, pihak kerajaan harus memperkenalkan undang-undang alam sekitar. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara mestilah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Manakala, individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib dikenakan kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali. Dengan undang-undang tersebut, orang ramai akan lebih peka dan akan lebih berwaspada terhadap isu pencemaran alam.
Disamping itu, pelaksanaan program kempen alam sekitar juga dapat meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan pencemaran udara.Kempen kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan pelbagai cara seperti program sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah disetiap rumah.
Program penanaman semula bertujuan untuk mengimbangkan ekosistem. Seperti sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar yang nyaman. Ini kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan penting kepada manusia agar dapat bernafas dengan segar.

Punca-Punca Pencemaran Udara

  • Aktiviti pembangunan dan perindustrian
Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. 

Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. 

Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.
  • Kenderaan motor
Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. 

Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.

Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

  • Pembakaran terbuka
Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.

Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.

Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.
  • Aktiviti harian manusia
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. 
Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udaraPunca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014

DEFINISI

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimiajirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksidasulfur dioksidakloroflorokarbonbau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asapkilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozonjerebuhujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.


KESAN PENCEMARAN UDARA

1)Kesihatan manusia

KEsan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.

2)Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

3)Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

4)Bahan

Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

5)Penyusutan lapisan ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairanais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.
6)Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.

7)Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

PT 3 GEOGRAFI 2014

PT3 GEOGRAFI.....



TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)
TAHUN 2014 

1.0 ARAHAN KEPADA GURU 

1.1 Memastikan pelajar melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang 
ditetapkan. 
1.2 Dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan. 
1.3 Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa yang 
ditetapkan. 
1.4 Memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya. 
1.5 Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber dalam 
melaksanakan tugasan. 
1.6 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru 
daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. 
Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau 
sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. 
Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain 
hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika calon didapati 
melakukan plagiat calon boleh digagalkan atau diberikan gred F. 
1.7 Dilarang menyediakan jawapan kepada murid. 
1.8 Tiada tugasan ulangan dan peruntukan masa tambahan. 
1.9 Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) dan Panduan 
Rubrik Penskoran (Lampiran 2) yang disediakan sebagai panduan untuk 
membimbing murid menghasilkan tugasan yang baik bagi mendapat skor 
cemerlang. 
1.10 Memastikan calon mementingkan aspek tatabahasa dalam penulisan. 
1.11 Memastikan calon menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 
1.12 Memperakukan tugasan murid dalam Borang Akuan Pengesahan 
(Lampiran 4). 
1.13 Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan calon berpandukan 
rubrik penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Skor 
hendaklah dimasukkan ke dalam borang (Lampiran 5) yang disediakan 
oleh Lembaga Peperiksaan. 
1.14 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan. TERHAD 
TERHAD 

2.0 ARAHAN KEPADA CALON
 

2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib 
dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014. 
2.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan 
pembelajaran dalam bulan Julai 2014. 
2.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan 
di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan 
tugasan ini. 
2.4 Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang 
ditetapkan. 
2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan 
untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang. 
2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu 
pengajaran dan pembelajaran. 
2.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja 
mestilah dibuat secara individu. 
2.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk 
menjelaskan lagi hasil kajian. 
2.9 Digalakkan supaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi 
(ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta. 
2.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 
2.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 
2.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru 
daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. 
Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau 
sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. 
Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain 
hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan 
plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F. 
2.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa 
tugasan dilaksanakan. 
2.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 
2.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa 
dalam penulisan. 
 TERHAD 
TERHAD 

3.0 TUGASAN
 

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran 
alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / 
kawasan sekolah calon. 
Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 
3.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 
3.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut. 
3.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di 
kawasan kajian. 
3.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar 
tersebut. 
Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

TUGASAN TAMAT